PESAN ROH KEPADA MANUSIA
Apabila roh keluar dari jasad, ia
akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan
mendengarnya kecuali jiin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah
untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku
beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula
bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau
menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air
yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi
merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok
aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah
dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil
dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya
kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali
terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia
berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku
menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim
dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah
keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada
pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan
mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat
kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah
sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku,
wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana
ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah
kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung
kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu
berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah
mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar
dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada
tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat
jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd
anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh
dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu,
Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan
menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar
keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa
dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu,
Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini
jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah saw bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang
itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil
dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat
yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya
mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan
akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu."
Sambung Rasullullah saw lagi:
"Kalau orang yang nazak itu
orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di
sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di
syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa
kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya
pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau
orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di
sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan
dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah
kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila
Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah
malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari
arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana
orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah
malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt
dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman yang
bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu
cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat
perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata
tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,
tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak
yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut
gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba
pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki
berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan
berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan
menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh
orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba
mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata
maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini
sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis
kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada
Allah swt.
Kemudian Allah swt berfirman yang
bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu
ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. "
Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh
orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan
cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan
tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang
kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga
Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti
burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung
di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan
berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam
neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah saw yang
mahfumnya: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam
dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah
ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal
yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati